Click here for Myspace Layouts

Search This Blog

Monday, January 30, 2012

Tuesday, December 13, 2011

Pelajaran Tauhid.....mengenal pencipta alam ini....


Hayati video ini…





  PENGERTIAN HARI KIAMAT  

Hari kiamat ialah hari kemusnahan alam dan pengakhiran hidup manusia di dunia.Seterusnya manusia dibangkitkan semula untuk dihitung segala amalan yang dilakukan semasa di dunia dengan perhitungan yang adil dari Allah S.W.T bagi menentukan samada diberi ganjaran balasan Syurga atau balasan Neraka.....


Dalil Beriman kepada Hari Kiamat

Dalil Naqli  :-
Hari Kiamat adalah hari kemusnahan alam dan tempat perhitungan sekalian makhluk Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud  :-
" dan sudah tentu akan ditiup Sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada  di bumi kecuali dikehendaki Allah S.W.T (terkemudian matinya). Kemudian ditiup Sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing)
Surah Az-Zumar : ayat 68

Dalil Aqli :-

Setiap makhuk yang ada di alam ini akan mati, rosak dan binasa. contohnya : daun pokok yang tua akan gugur, manusia akan meninggal dunia apabila nyawanya dicabut dari jasad dan rumah lama yang roboh kerana dimakan anai-anai.



Peringkat Hari Kiamat terbahagi kepada dua:
Peringkat Pertama

 Semua makhluk dan alam akan musnah samada di langit atau di bumi.

Peringkat Kedua

 Semua makhluk yang telah mati akan dihidupkan untuk menerima pengadilan dari[ada Allah S.W.T.







Nama-nama Hari Kiamat:









Maksud
Nama Hari Kiamat
Hari Perhitungan
يَومُ الحِسَابِ
Hari Penghabisan
يَومُ الأَخِرِ
Hari Keributan
يَومُ الْقَارِعَةِ
Hari Masa
يَومُ السَّاعَةِ
Hari Pembalasan Perbicaraan
يَومُ الْجَزَاءِ
Hari Kebangkitan
يَومُ الْبَعْثِ
Hari Kejadian
يَومُ الْوَاقِعَةِ
Hari Agama
يَومُ الدِّيْنِ
Hari Kegoncangan
يَومُ الزَلْزَلَةِ
Hari Huru-hara
يَومُ الْغَاشِيَةِ



Hikmah Beriman kepada Hari Kiamat
Mempunyai keimanan yang teguh dan berakahlak mulia.
Taat melakukan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan laranaganNya.
Sentiasa beringat daripada melakukan dosa kerana setiap perbuatan    tidak akan terlepas dari seksaan Allah S.W.T.


Tujuan Beriman kepada Hari Kiamat
Memberi hukuman dan balasan yang adil kepada manusia pada Hari Kiamat.Hukuman dan balasan tersebut adalah berdasarkan kepada kepercayaan dan amalan semasa mereka di dunia.


 Memberitahu manusia bahawa Allah S.W.T tidak akan memungkiri janji . 


 Memberitahu manusia mengenai keadilan  Allah S.W.T.